Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Pengalaman pertama saya mengenai mengakses maklumat melalui internet ini merupakan satu pengalaman yang sungguh menarik bagi saya. Media ini merupakan salah satu cara capaian maklumat yang berteknologi canggih pada zaman sekarang yang berlantaikan elektronik. Medan ilmu dalam internet ini sungguh luas dan melampaui batas pemikiran kita semua. Oleh yang demikian, saya berasa sungguh teruja pada kali pertama saya menggunakan internet sebagai salah satu bahan untuk mengakses maklumat.
Internet merupakan ialah rangkaian komputer yang berhubung menerusi beberapa rangkaian. Manakala Internet (huruf 'I' besar) ialah sistem komputer umum, yang berhubung secara sejagat dan menggunakan TCP/IP sebagai protokol pertukaran paket (packet switching communication protocol). Sepertimana maksud internet diatas, ianya memberikan banyak faedah kepada kita dalam menguruskan kehidupan seharian tambahan pula pada zaman sekarang yang memaksa kita untuk berada dalam zon selesa dan banyak kemudahan. Namun pada pendapat saya, walaupun internet ini dapat meringankan beban kita dalam sesuatu hal namun ianya juga memberikan kita kesan sampingan yang berbahaya pada diri kita, agama, bangsa dan negara. Hal ini demikian kerana, berdasarkan pengalaman pertama saya mengakses maklumat melalui internet, didalam internet tersebut terdapat banyak benda-benda yang tidak berfaedah dan tidak memberikan manfaat kepada kita.Pada pengalaman pertama, saya mengakses maklumat mengenai subjek bahasa Malaysia. Namun semasa saya menggunakan perkhidmatan internet pelbagai perkara termasuklah perkara-perkara yang kita tidak mahu kan keluar.
Justeru itu, kita hendaklah berfikir dahulu sebelum kita melakukan sesuatu itu kerana pemikiran dan suasana itu mempengaruhi emosi kita dan mengaburi penglihatan kita. Laman web pertama yang saya terokai ialah yahoo dan msn. Laman web ini banyak memberikan informasi kepada saya mengenai dunia luar dan dalam negara. Selain itu, ianya juga dapat memberikan pengetahuan dan banyak menambahkan ilmu pengetahuan saya mengenai subjek pembelajaran saya.
“Knowledge exists potentially in the human soul like the seed in the soil; by learning the potential becomes actual.”
― Imam Al-Ghazali
“Mempelajari pengetahuan itu adalah sama dengan memuji Allah SWT.
Menuntut pengetahuan adalah sama dengan melakukan perang di jalan Allah SWT.
Mengajarkan pengetahuan adalah sama dengan bersedekah, dan dengan mengajarkan pengetahuan kita akan mendapat pahala.”
― Imam Al-Ghazali
Menuntut pengetahuan adalah sama dengan melakukan perang di jalan Allah SWT.
Mengajarkan pengetahuan adalah sama dengan bersedekah, dan dengan mengajarkan pengetahuan kita akan mendapat pahala.”
― Imam Al-Ghazali
No comments:
Post a Comment