INTERNET
Maksud 1
- Intenet merupakan suatu layanan komunikasi yang menggunakan layanan internet/ komputer samada secara langsung mahupun tidak langsung ke seluruh dunia baik surat menyurat ataupun yang lain. Itu makna pertama.
Maksud 2
- Internet ialah jaringan komputer yang saling terhubung secara global yang membolehkan pengguna internet saling bertukar maklumat/data melalui jaringan tersebut. Internet adalah sistem komunikasi data berskala global, suatu infrastruktur yang terdiri dari hardware dan software yang menghubungkan komputer yang berada di jaringannya. Kemunculan internet dimulai pada 1966, oleh ARPA (Advanced Research Project Agency).
DEFINISI LAIN INTERNET
- Majalah PC (jilid 3 vol 1 ’95)
- Mentakrifkan Internet sebagai suatu rangkaian komputer antarabangsa yang menghubungkan lebih 40 ribu rangkaian komputer yang diurus bersama secara bersendirian.
SEJARAH RINGKAS INTERNET
- Mentakrifkan Internet sebagai suatu sistem yang menggabungkan rangkaian seluruh dunia dengan menyediakan perkhidmatan komunikasi data seperti login jarak jauh (remote login) , pemindahan fail, e-mel dan kumpulan berita (newsgroup).
Bermulanya Internet adalah untuk sistem pertahanan USA bagi menghadapi serangan nuklear daripada Soviet Union dalam perang dingin dan tidaklah bersifat global seperti sekarang. Idea yang berasaskan rangkaian yang tiada mempunyai kuasa pusat yang terdiri daripada beberapa nod yang boleh menyampai dan menerima mesej. Mesej adalah dalam bentuk paket yang mempunyai alamat destinasi. Kemudian ia dimajukan dan diluaskan penggunaan daripada hanya menghubungkan dua syarikat kepada perhubungan seluruh dunia. Di Malaysia teknologi Internet bermula pada tahun 1993 dan terus berkembang hingga kini dianggarkan pelanggan melebihi 45,000.
Secara amnya, Internet (singkatan perkataan bahasa Inggeris; inter-network) ialah rangkaian komputer yang berhubung menerusi beberapa rangkaian. Manakala Internet (huruf 'I' besar) ialah sistem komputer umum, yang berhubung secara sejagat dan menggunakan TCP/IP sebagai protokol pertukaran paket (packet switching communication protocol). Rangkaian internet yang terbesar dinamakanInternet. Cara menghubungkan rangkaian dengan kaedah ini dinamakaninternetworking.

Visualisasi pelbagai laluan melalui suatu bahagian Internet. Daripada 'Projek Opte'
KEMUNCULAN INTERNET
Rangkaian pusat yang membentuk Internet bermula pada tahun 1969 sebagaiARPANET, yang dibangunkan oleh ARPA (United States Department of Defense Advanced Research Projects Agency). Beberapa penyelidikan awal yang disumbang oleh ARPANET termasuk kaedah rangkaian tanpa-pusat (decentralised network), teori queueing, dan kaedah pertukaran paket (packet switching).
Pada 01 Januari 1983, ARPANET menukar protokol rangkaian pusatnya, daripadaNCP kepada TCP/IP. Ini merupakan permulaan Internet yang kita kenali hari ini.
Pada sekitar 1990-an, Internet telah berkembang dan merangkaikan kebanyakan daripada rangkaian-rangkaian komputer yang sedia ada.

Gambaran grafik maklumat struktur jaringan WWW pada Wikipedia,
sebagaimana digambarkan sebagai pautan.
Internet dikuatkuasa oleh perjanjian komersil dwi- atau berbilang pihak dan spesifikasi teknikal (protokol yang menerangkan tentang pemindahan data antara rangkaian). Protokol-protokol ini disediakan berdasarkan perbincangan Pasukan Petugas Kejuruteraan Internet (Internet Engineering Task Force - IETF) yang terbuka kepada umum. Badan ini mengeluarkan dokumen yang dikenali sebagai RFC (Request for Comments). Sebahagian daripada RFC dijadikan piawaian Internet oleh Lembaga Rekabentuk Internet (Internet Architecture Board - IAB). Protokol-protokol Internet yang sering digunakan adalah seperti TCP/IP, UDP, DNS, PPP, SLIP, ICMP,POP3, IMAP, SMTP, HTTP, HTTPS, SSH, Telnet, FTP, LDAP dan SSL.
Beberapa perkhidmatan popular di Internet yang menggunakan protokol di atas, ialah e-mel, Usenet, Newsgroup, perkongsian fail, Jaringan Sejagat(WWW), Gopher, WAIS, finger, IRC, MUD, dan MUSH. Di antara semua ini, e-mel dan Jaringan Sejagat paling kerap digunakan, dan lebih banyak perkhidmatan yang dibina berasaskannya, seperti senarai mel dan blog. Internet memungkinkan adanya perkhidmatan masa-sebenar seperti radio web dan siar web, yang boleh dicapai di seluruh dunia.
Beberapa perkhidmatan Internet popular yang berdasarkan sistem proprietari ialah seperti IRC, ICQ, AIM, CDDB, Torrent dan Gnutella.
Sebuah pembekal maklumat Internet sejagat comScore melaporkan bahawa jumlah pengguna unik Internet mecapai aras 1 bilion pada Disember 2008.[1] Mengikut perangkaan penyelidikannya, Asia-Pasifik mempunyai bilangan pengguna Internet paling ramai dengan 41 peratus, diikuti oleh Eropah (28 peratus), Amerika Utara (18 peratus), Amerika Latin (7 peratus) dan akhir sekali Timur Tengah & Afrika(bersama 5 peratus). China menggungguli senarai mengikut negara dengan 17.8 peratus pelayar Internet sedunia.[2] Mengikut senarai tapak web yang dilawati pula, Google berada di kedudukan teratas dengan 778 juta pelawat unik. Ini diikuti dengan Microsoft, Yahoo, AOL dan Wikipedia dengan projek kembarnya.
No comments:
Post a Comment