Prinsip Reka Letak CASPER
Panduan menyusun media seperti teks,grafik,animasi dan video pada sesuatu
persembahan yang dapat merangsang perhatian dan minat penonton.
C – Contrast(Perbezaan yg ketara)
- Perbezaan antara dua objek,pembangun perisian perlulah memilih warna yg
kontra
A – Alignment(Susunan lurus)
- Setiap item yang hendak diletakkan dalam muka perisian perlulah seimbang dengan muka
perisian spy kelihatan menarik.
S – Simplicity(Mudah)
- Grafik dan animasi perlulah ringkas dan dapat merangsangkan pengguna memahami
maksud yang disampaikan.
P – Proximity(Berhampiran)
- Item yang digunakan dalam muka perisian perlulah dikumpulkan pada satu kawasan,
supaya nampak keseimbangan yang wujud antara item.
E – Emphasis(Penakanan)
- Memberi penekanan kepada perkara yang dirasakan penting.
R – Repetition(Pengulangan)
- Terdapat satu piawai antara muka perisian supaya pengguna akan dapat mentafsir
dan memahami dengan mudah arahan yang diberikan oleh perisian. Pengulangan akan
membantu pemahaman pengguna
Bagi seorang atlit, teknik dan gaya larian merupakan faktor utama untuk
menempa kejayaan. dalam buku ini diterangkan bagaimana untuk mendapatkan
kesan yang maksimum dalam melakukan pecutan dan larian.
Lari pecut dalam sukan olahraga adalah larian terpantas dibandingkan
dengan acara-acara lain. Larian pantas ini bergantung pula kepada
beberapa faktor seperti jarak, kelajuan angin, permukaan balapan, jenis
kejohanan dan taraf pelari yang mengambil bahagian dan mungkin juga
insentif yang ditawarkan. Berlari merupakan aktiviti yang sihat dan
menyeronokkan. Amat sukar bagi seseorang untuk berlari dengan pantas
sekiranya tidak mempunyai ciri-ciri yang membolehkan dia bertindak
sedemikian. Untuk berlari dengan pantas seseorang perlu kemahiran yang
tinggi, fikiran dan kebolehan, dan sebaik-baiknya adalah kebolehan
semulajadi. Latihan yang teratur dan berjadual akan membolehkan
seseorang menjadi pelari yang baik menerusi potensi yang sedia ada dalam
diri seseorang. Ada dua faktor yang boleh dikuasai oleh pelari-pelari
pecut iaitu faktor kelajuan dan jarak langkah semasa berlari. Untuk
menguasai kelajuan kaki, pelari haruslah mempunyai kordinasi, kelenturan
yang tinggi dan keupayaan merehatkan diri atau badan semasa berlari.
Bagi faktor jarak langkah pula ianya bergantung kepada panjang kaki,
kekuatan dan mobiliti semasa bergerak. Pelari biasanya mempunyai jarak
langkah 1.5 meter hingga 2 meter. Jarak langkah boleh ditingkatkan
dengan latihan yang menekankan kepada latihan pergelangan kaki, lutut
dan sendi pinggang.
SEJARAH
Lari pecut merupakan salah satu acara terawal dalam pertandingan
olahraga yang pernah dicatatkan. Pada zaman moden, antara rujukan
terawal ialah perandingan di kalangan pekerja serta orang suruhan
bangsawan. Pada abad ke-19 lari pecut menjadi semakin popular. Acara
stade adalah antara acara yang mula-mula dipertandingkan dan melibatkan
jarak 192 meter. Jarak ini juga merupakan panjang stadium yang
digunakan. Berikutan ini acara ulang alik yang dinamakan dialos berjarak
384 (192 meter x 2 ) diadakan. Pada zaman olimpil kuno, larian bermula
dengan blok permulaan yang dibina melintang keluasan stadium berkenaan.
Blok permulaan diperbuat daripada ketulan batu marmar. Blok permulaan
disediakan dengan lubang saiz tapak kaki. Semua atlet menggunakan blok
yang tetap walaupun saiz kaki mereka berbeza. Pagar permulaan yang
dinamakan husplex digunakan untuk memulakan perlumbaan.
Perkembangan lari pecut pada abad 19 terbatas kerana tiada
undang-undang dan peraturan-peraturan, prosedur permulaan dan penjagaan
masa yang tepat. Perlbagai cara permulaan digunakan, sehingga menjadi
masalah mengenai cara mana yang patut digunakan. Walaubagaimanapun
persetujuan dibuat untuk mejadikan cara permulaan berdiri sebagai cara
permulaan yang paling baik dan diterima oleh semua pihak.
Pada tahun 1880an rama jurulatih membuat percubaan cara memulakan
sesuatu larian. Antara permulaan awal ialah “pencil start”, di mana para
atlet berlari 20 meter pertama dengan memegang pensil. Permulaan
dimulakan dengan persetujuan dan tembakan. Kemudian wujudlah gaya dekam
pada tahun 1884. Di Australia gaya ini dikenali sebagai kangaroo start.
Sebelum tahun 1921 kebanyakkan pertandingan hanya untuk lelaki sahaja,
pertandingan pertama untuk wanita telah diperkenalkan pada tahun 1921 di
Monte Carlo.
Dalam acara 100 meter, rekod rasmi lelaki yang pertama dilakukan oleh
Harald Andersson dari Switzerland pada tahun 1890 dengan catatan 11.0,
Marlies Gohr dari Jerman pula adalah pemegang rekod pertama dengan 10.88
saat yang dibuat pada Sukan Olimpik tahun 1928. dalam acara 200 meter,
rekod larian sebelum olimpik moden dibayangi oleh larian yang dibuat
pada jarak lurus tanpa selekoh. Charles Wood merupakan orang pertama
yang mencatat 22 saat. Bagi wanita acara 200 meter diperkenalkan dalam
Sukan Olimpik 1948, Wilma Rudolph dari Amerika Syarikat adalah pemegang
rekod pada tahun tersebut dengan masa 22.9. Dalam acara 400 meter, Maxie
Long adalah orang pertama yang berjaya mencatat masa 47.8 saat dan
dipecahkan oleh Lee Evans pada tahun 1968 dengan masa 43.86 saat.
Marlene Mathews dari Australia telah mencatat masa 57.0 saat bagi wanita
dan masa ini telah diperbaharui iaitu di bawah 50 saat oleh Irena
Szewinska dari Poland dengan catatan masa 49.9 saat pada tahun 1974.
Marita Koch dari Jerman pula telah berjaya mencatat masa 48.94 saat pada
tahun 1978.